SHERIE MERLIS NAFI PERTIKAIKAN KERJA FRONTLINER

SHERIE MERLIS NAFI PERTIKAIKAN KERJA FRONTLINER

SHERIE MERLIS NAFI PERTIKAIKAN KERJA FRONTLINER

Menjalani kuarantin selama 10 hari, pelakon Sherie Merlis dan keluarganya akhirnya sudah menamatkan tempoh tersebut semalam. Sherie, 49, memaklumkan dia dan keluarganya sudah pulang ke rumah dan memotong gelang kuarantin yang dipakai mereka.

Selepas mendiamkan diri selama dalam tempoh kuarantin, Sherie menerusi akaun Instagram (IG) Live miliknya tampil menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku terhadap keluarganya selama ini.

SHERIE MERLIS NAFI PERTIKAIKAN KERJA FRONTLINER





Dalam sesi berkenaan, dia menjemput pengasas bersama Kumpulan Megaklinik Zahran, Ummul Khairiyah Abdul Rahman yang digelar Kak Long iaitu pihak yang terawal membantu mereka menyelesaikan masalahnya yang ketika itu buntu selepas empat ahli keluarganya positif Covid-19 di rumah.

“Perlu saya jelaskan keadaan sebenar kerana selama ini saya hanya mendiamkan diri kerana perlu menyelesaikan apa yang patut. Untuk pengetahuan semua, saya buat video minta bantuan sebelum ini adalah saya benar-benar terdesak dan tiada kenalan yang boleh membantu saya ketika itu.

“Saya lega kerana video itu mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis, pelakon Datuk Fizz Fairuz serta Kumpulan Megaklinik Zahran yang dengan segera menghantar bantuan.
Klik untuk gambar besar

SHERIE MERLIS NAFI PERTIKAIKAN KERJA FRONTLINER

“Saya terharu sekali apabila Allah hantar mereka tepat pada waktunya ketika itu saya buntu hendak lakukan apa lagi kerana tidak dapat jawapan yang jelas dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyelesaikan masalah saya,” katanya.





Sementara itu, Kak Long dalam sesi tersebut turut mendedahkan keadaan Sherie ketika dilihat sudah ‘burn out’.

“Ketika kami sampai, saya dapati Sherie mempunyai simptom ‘burn out’. Dia tidak fokus apabila kami bercakap dan wajahnya sangat letih seperti tidak tahu apa lagi yang mahu dilakukan. Apabila kami memintanya duduk di atas sofa, dia terus tertidur dan micro sleep tanpa sedar. Selepas itu beberapa kali dia terjaga sebentar dan tertidur kembali.

“Saya faham keadaannya kerana dia terpaksa menjaga empat ahli keluarganya yang kuarantin selain ibunya yang lumpuh terlantar sakit serta bapanya yang juga sedang jatuh sakit. Kami datang dan beri bantuan supaya semua dapat diuruskan dengan baik,” jelasnya.

SHERIE MERLIS NAFI PERTIKAIKAN KERJA FRONTLINER

Sherie mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan ramai pihak kepadanya terutama Kak Long bersama Kumpulan Megaklinik Zahran.






Disyorkan Untuk Anda :


“Pada hari keempat kami sekeluarga dikuarantin di rumah, Kak Long siap ada sediakan dua orang pembantu kesihatan. Seorang membantu menjaga dan menguruskan mak saya, sementara lagi bantu teman dan tengok-tengokkan saya.

“Apa yang dia buat ketika saya tak boleh nak fokus, sudah banyak membantu saya. Alhamdulillah. Saya ada masa untuk tidur, rehat dan buka media sosial untuk tengok semua mesej dan ambil tahu berita-berita berkenaan perkongsian video pertama saya tempoh hari,” beritahunya.

Dalam pada itu, Sherie turut menegaskan bahawa dia tidak mempertikaikan kerja petugas barisan hadapan sebaliknya berharap pihak atasan serta KKm mengambil langkah untuk memperbaiki sistem kesihatan negara.

“Saya tak pertikaikan kerja frontliner kerana saya tahu mereka buat kerja dan saya tahu mereka penat serta katil di hospital pun penuh. Mereka tidak bersalah cuma saya harap KKM atau pihak atasan cuba perbaiki sistem kesihatan negara kita terutama di waktu sekarang dengan kes yang tinggi.

“Saya kasihankan mereka mungkin maklumat itu tidak disampaikan dengan jelas sehingga berlaku masalah sebegini. Namun saya berterima kasih kepada KKM kerana ada datang berjumpa dengan keluarga kami untuk meminta maaf dan sebagainya. Terus-terang saya tidak menyalahkan mereka kerana saya faham kekangan mereka,” ujarnya lagi.





Terdahulu, Sherie dan 10 ahli keluarganya termasuk enam kanak-kanak menjalani kuarantin di Hotel Royal Chulan selama 10 hari. Menerusi ujian calitan yang dilakukan, adik Sherie bersama suami dan dua anak kecil mereka didapati positif Covid-19, namun Sherie dan ahli keluarganya yang lain bagaimanapun tidak dijangkiti virus berkenaan.

Sebelum ini, tular video Sherie merayu kepada orang ramai selepas buntu apabila adiknya yang positif Covid-19 tidak menjalani kuarantin di tempat yang sepatutnya. Dalam perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat tersebut, dia meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di adalam rumah itu.

SHERIE MERLIS NAFI PERTIKAIKAN KERJA FRONTLINER


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/04/keterangan-nadir-caprice-polis-sudah-terima-e-mel-balas-mereka/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker