Tabur wang sebelum samun mangsa, Geng Latino diberkas polis

 

Tabur wang sebelum samun mangsa, Geng Latino diberkas polis

Tabur wang sebelum samun mangsa, Geng Latino diberkas polis

MENGEKORI mangsa yang mengeluarkan duit yang bank di bank sebelum memancitkan tayar kenderaan mangsa.

Mangsa yang memberhentikan kenderaan kemudian akan diperdaya dengan wang RM10 yang ditabur oleh suspek sebelum itu.





Semasa mangsa sedang leka mengutip duit tersebut, suspek akan membuka pintu kereta mangsa dan melarikan beg berisi duit di dalam kenderaan.

Itu modus operandi jenayah yang dilakukan oleh empat suspek warga asing yang dikenali sebagai Geng Latino.

Kesemua suspek itu bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi di Jalan Berhala, Brickfields, Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sebelum itu telah mendapat maklumat berkaitan kes samun yang berlaku di sebuah stesen minyak di Cheras, Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah hari tadi.


Disyorkan Untuk Anda :


“Suspek bagaimanapun berjaya dikesan dan kita telah menghalang laluan suspek di Jalan Berhala, Brickfields dalam usaha untuk menangkap suspek.





“Suspek bagaimanapun bertindak agresif dengan merempuh kenderaan pihak berkuasa dan cuba melanggar pegawai dan anggota polis beberapa kali,” katanya.

Menurut Abd Jalil, beberapa das tembakan kemudian terpaksa dilepaskan demi keselamatan pasukan yang turut terkena kepada seorang daripada suspek.

Jelasnya, kenderaan tersebut berjaya dihentikan dan suspek yang terkena tembakan berada dalam keadaan stabil.

“Kita telah menahan dua lelaki dan dua wanita warga asing yang berada di dalam kenderaan tersebut.

“Kewarganegaraan suspek masih dalam siasatan dan kita turut menemukan duit berjumlah RM194,000 yang dilarikan sebelum itu,” katanya.





Ujarnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa membawa rakan semasa mengeluarkan duit yang banyak di mana-mana bank serta tidak terpedaya dengan modus operandi penjenayah.-SM

Tabur wang sebelum samun mangsa, Geng Latino diberkas polis


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/03/isu-curi-duit-tabung-masjid-tindakan-ppbm-tidak-selesaikan-masalah-mana-pergi-menteri-ugama/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker