Tahniah Zuraidah Kerana Sudah Mengatur Strategi 100 Hari Pertama, Menteri Lain Macam Mana, Senyap Jer…

Tahniah skuad Edisi Siasat ucapkan kepada Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi, Zuraidah Kamaruddin yang sudah mula serius menyusun langkah strategik untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 100 hari pertama.

Beliau memaklumkan strategi pemasaran serta perancangan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan menjadi sasaran utama bagi mencapai KPI menjelang 100 hari pentadbiran.

Sebagai permulaan, beliau akan membuat penstrukturan semula KPPK dan agensi di bawahnya bagi meningkatkan produktiviti, kualiti serta memastikan pengurusan sedia ada menjimatkan kos.

“Kemungkinan ada sedikit penyusunan semula kementerian ini yang harus saya laksanakan berbanding kementerian saya sebelum ini iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), saya lihat di KPPK ini, kerja-kerja kementerian hanya 20 peratus”.





“Selebihnya iaitu 80 peratus lagi kerja-kerja itu dilakukan menerusi agensi-agensi di bawahnya”.

“Perkara itu menjadi sasaran KPI, saya akan melihat perkara ini dan kita akan tambah baik kepada pengeluaran kita Insya-Allah,” jelas Zuraidah.

Sebagai pemerhati, setiap tindakan yang baik serta mendatangkan kebaikan kepada rakyat, kami di Edisi Siasat pasti akan berikan pujian dan sokongan.

Inilah sebenarnya yang kita harapkan dari pihak Menteri dan Timbalan Menteri.

Tetapkan pencapaian dan dasar yang perlu dilaksanakan dan dicapai oleh penjawat awam.





Sekiranya kurang berjaya, adakan perbincangan supaya masalah yang menghalang pencapaian yang diharapkan itu dapat dikenal pasti dan diambil tindakan susulan untuk memperbaiki keadaan.

Sering turun padang untuk melihat dan memahami sendiri masalah yang dihadapi dalam melaksanakan sesuatu dasar yang telah ditetapkan.

Satu harapan Edisi Siasat kepada Zuraidah, janganlah semangat begini terhenti apabila KPI 100 tercapai nanti.

Menteri yang lain macam mana pula?

Masih sibuk menghias pejabat untuk dijadikan studiokah?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker