Tok Mat Hasan: Dalam MN, Ompok UMNO Totap Ompok UMNO, Ompok PAS Totap Ompok PAS, Katak Pandai-Pandai Kau Lah…

 

Tidak ada masalah berbangkit atau masalah yang buntu dalam pembahagian kerusi pada Pilihanraya Umum ke 15 antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional.

Malah, sudah 70 peratus persetujuan dicapai antara UMNO dan PAS mengenai pembahagian kerusi dalam PRU 15 nanti.

Kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam PRU 14, akan ditandingi semula oleh UMNO dan kerusi yang dimenangi oleh PAS, akan ditandingi semula oleh PAS.





Kawasan lain kita akan perhatikan, kalau undi UMNO lebih dari PAS, UMNO akan bertanding dan kalau undi PAS lebih dari UMNO, PAS akan bertanding.

Ini bermaksud, UMNO tidak akan ‘mengorbankan’ kerusi kepada PPBM untuk ditandingi oleh katak politik.

“Formula masih sama, tidak timbul soal untuk kita ubah atau keluar daripada formula dipersetujui,” kata Tok Mat Hassan selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat Dewan Udangan Negeri Ke-14 hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker