3 Banduan Larikan Diri Dari PKRC Tawau Di Buru

3 banduan warga asing yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Arena, kini sedang diburu pihak polis.

Ketiga-tiga suspek dikenali sebagai Jimnajir Annor, 23; Niko Matheus, 25; dan Hasyim Muhamamad Syata, 34; ditempatkan di PKRC tersebut bagi tujuan kuarantin dan pengasingan selepas disahkan positif Covid-19 bersama banduan dan tahanan lain.

Banduan tersebut telah mengumpil jeriji besi di bahagian tandas PKRC tersebut dan kemudian melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya sedang giat memburu ketiga-tiga banduan dengan melancarkan Op Tutup dan Op Kesan.





“Selain mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan, kami turut menubuhkan pasukan pengesan yang disertai anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Unit Kereta Peronda (MPV)”.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek untuk segera menghubungi balai polis berhampiran.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker