CEUPACS Gesa Supaya Cuti Tahunan ‘Frontliners’ Tidak Di Mansuhkan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menggesa kerajaan supaya tidak memansuhkan cuti tahunan 180,000 petugas barisan hadapan yang tidak dapat dihabiskan kerana memberikan perkhidmatan penuh ketika pandemik COVID-19.

Presiden CEUPACS, Adnan Mat berkata, sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac tahun lalu, cuti tahunan ini didapati tidak dapat dihabiskan dalam usaha mereka memastikan masyarakat mendapat imunisasi dengan cepat.

“CEUPACS memohon pertimbangan pihak kerajaan supaya cuti ini tidak dilupuskan dalam tempoh tiga tahun kepada lima tahun, malah hendaklah dipanjangkan pada masa tertentu sehinggalah mereka mampu mengambil cuti,” katanya.

“Kami turut memohon supaya baki cuti ini dimasukkan dalam gantian cuti rehat selama 15 hari sebagaimana amalan biasa yang dilaksanakan sebelum ini,” tambah beliau.





Bagi skuad Edisi Siasat, adalah wajar bagi kerajaan melaksanakan permintaan CEUPACS itu kerana kegagalan ‘frontliners’ menghabiskan cuti tahunan mereka adalah kerana untuk memastikan keselamatan nyawa rakyat.

Adalah sesuatu yang sangat tidak wajar serta di luar batasan kemanusiaan sekiranya pengorbanan mereka dibalas dengan tuba.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker