Harga Siling Baharu Kit Ujian RTK Antigen Covid-19 Akan Di Umumkan Hujung Tahun

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata harga siling baharu akan diumumkan hujung tahun ini.

Harga baharu yang lebih murah daripada harga semasa itu adalah untuk meringankan beban pengguna dan rakyat selain tidak meminggirkan peniaga serta pemborong.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat farmasi di sebuah pasar raya di Kuching pada Ahad.

“Tempat jualan akan diperluaskan sebab syarat undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dalam komuniti farmasi sahaja jadi belum ada di kedai lain”.





“Tapi kenyataan daripada Menteri KKM, akan dibenarkan juga di kedai lain pasar raya agar ianya tidak terhad kepada farmasi supaya ia boleh didapati dengan mudah,” katanya.

Untuk rekod, Menteri KKM, Khairy Jamaluddin, sudah mengumumkan harga siling kit Ujian RTK Antigen Covid-19 sudah ditetapkan pada RM19.90 berkuatkuasa 5 September 2021.

Dengan pengumuman dari Alexender Nanta Linggi, diharapkan harganya siling kit ujian tersebut dapat diturunkan lagi memandangkan ianya adalah satu keperluan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker