Tidak Sampai 2 Hari Selepas DAP Bersuara, PM Dah Keluar Arahan, Kes Adib Dah Lebih 2 Tahun, Tak Ada Tindakan!!!

Skuad Edisi Siasat tertarik dengan respon pantas Perdana Menteri, DS Ismail Sabri atas kematian Pengawal Keselamatan, mendiang Thava Sagayam, yang mati selepas dipukul oleh seorang pemimpin muda PPBM, ketika beliau sedang bertugas.

Portal ini ada menulis mengenai kejadian tersebut pada 3 September 2021.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/09/03/pdrm-buka-semula-kertas-siasatan-pemimpin-armada/





Dalam ciapan balas Ismail Sabri kepada M Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP itu, Ismail Sabri menyatakan rasa sedih dan terkejut beliau.

Ismail Sabri juga memberi jaminan bahawa keadilan untuk mendiang Thava Segaram mesti ditegakkan kerana tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang.

Skuad ‘Edisi Siasat’ terkesima dan merasa amat ‘kagum’ dengan respon yang cukup pantas dan tegas dari Ismail Sabri.

Tetapi, apakah ini adalah kerana sebahagian dari CSA yang telah ditandatangani oleh Ismail Sabri ketika perjumpaan dengan ketiga-tiga ketua parti utama dalam Pakatan Harapan termasuk DAP?

Bagi skuad Edisi Siasat, sekiranya Ismail Sabri memang seorang yang benar-benar berpegang kepada prinsip Kedaulatan Undang Undang, skuad Edisi Siasat ingin bertanya, bagaimana pula dengan keadilan untuk keluarga Allahyarham Mohd Adib, seorang anggota pasukan Bomba & Penyelamat yang terkorban  ketika sedang bertugas?





Kematian Allahyarham Mohd Adib sudah melebihi 2 tahun, sudahkah keadilan untuk Allahyarham Mohd Adib dan keluarga beliau ditegakkan???

Persamaan dan perbandingan antara Allahyarham Mohd Adib dan mendiang Thava:

  • Allahyarham Mohd Adib terkorban waktu bertugas dan mendiang Thava juga terkorban waktu bertugas.
  • Allahyarham Mohd Adib terkorban kerana mahu memberi pertolongan kepada mangsa rusuhan Kuil Sri Mariamman dan mendiang Thava terkorban kerana menghalang kanak-kanak dari menggunakan kolam mandi.
  • Allahyarham Mohd Adib adalah penjawat awam dan mendiang Thava adalah perkerja swasta dan kedua-duanya rakyat Malaysia.
  • Keadilan Allahyarham Mohd Adib sudah lebih 2 tahun tertangguh tetapi keadilan untuk mendiang Thava tidak sampai 2 hari akan terbela.
  • Keadilan untuk Allahyarham Mohd Adib diperjuangkan oleh rakyat, sebab itu masih tidak terlaksana tetapi keadilan mendiang Thava diperjuangkan oleh DAP, sebab itu dalam masa 2 hari tindakan sudah diambil.
  • Paling penting, keadilan untuk Allahyarham Mohd Adib dinafikan oleh DAP tetapi keadilan untuk mendiang Thava ‘diluluskan’ oleh DAP.

‘Moral of the story’:

‘ISMAIL SABRI MEMANG SEORANG YANG TEGAS DALAM MEMPERTAHANKAN NO PPBM, NO ANWAR dan NO DAP!!!’





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker