6,050 Karton Rokok Seludup Di Rampas

Polis Jabatan Siasatan Jenayah ,IPD Kuantan telah menahan seorang penjaga stor dalam serbuan di dua buah rumah menyimpan 6,200 karton rokok jenama Lee yang bernilai RM300000, dipercayai telah diseludup.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Gambang Jaya, dekat sini dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun berasal dari Perak.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan lima buah telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah laptop jenama Lenovo, satu passport Malaysia dan sebuah beg hitam berisi wang tunai berjumlah RM24,000.

Mohamad Noor berkata, rentetan daripada itu polis dibawa oleh suspek ke sebuah lagi rumah di Gambang Makmur, di sini yang merupakan stor penyimpanan rokok seludup berkenaan dan menemukan 121 kotak berisi 6,050 karton rokok jenama sama.





Lelaki terbabit kini direman untuk membantu siasatan sehingga 10 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker