Kerana Ghairah Untuk Jadi PM, Akhirnya Ismail Sabri Masuk Perangkap Mahiaddin Yang Akan Menghancurkan UMNO

Jangan dipandang rendah kelicikan Mahiaddin Md Yasin dalam seni berpolitik.

Beliau pernah berkhidmat di bawah 2 mantan Perdana Menteri yang berpengaruh di Malaysia, DS Najib dan Dr Mahathir.

Kerana memandang rendah kepada kelicikan Mahiaddin, akhirnya Dr Mahathir tersingkir dari parti PPBM, parti yang beliau sendiri tubuhkan.

Dan kini di penghujung usia, Dr Mahathir masih terkapai-kapai untuk membuat ‘come back’.





Cuba kita renungkan sejenak, kalau Dr Mahathir yang digelar ‘The Malaysian Political Goddess’ boleh tersingkir di tangan Mahiaddin, apalah sangat pucuk baru seperti Ismail Sabri.

Dendam Mahiaddin terhadap kepimpinan UMNO dan parti UMNO sendiri tidak akan padam.

Beliau pernah disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan jawatan Timbalan Presiden UMNO setelah tembelang beliau untuk menyingkirkan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, DS Najib, terbongkar.

Perkara yang sama beliau pernah lakukan ketika UMNO dipimpin oleh Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Badawi.

Bagi Mahiaddin, melihat kepada sifat rakus Ismail Sabri adalah sama seperti melihat kerakusan diri sendiri di hadapan cermin.





Di saat Ismail Sabri berani menentang keputusan MKT dan perwakilan PAU 2020, Mahiaddin sudah nampak siapa sebenarnya Ismail Sabri dan kerakusan jawatan yang ada pada Ismail Sabri.

Namun, untuk Mahiaddin pertahankan jawatan beliau ketika itu adalah sangat mustahil.

Ketika itu, kalau Mahiaddin mahu, beliau boleh sahaja menamakan pemimpin PPBM sebagai pengganti beliau.

Tetapi mengapa beliau memilih Ismail Sabri?

Adakah kerana ketika itu Ismail Sabri adalah Timbalan Perdana Menteri?





Jawapannya ya dan tidak.

Tidak ada tertulis dalam perlembagaan, Timbalan Perdana Menteri adalah penjawat yang WAJIB menggantikan Perdana Menteri apabila Perdana Menteri letak jawatan, malah jawatan Perdana Menteri tidak tertulis dalam perlembagaan.

Tetapi, apabila Ismail Sabri menerima tawaran jawatan itu dan ianya bertentangan dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mahiaddin tahu, Ismail Sabri sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan kuasa.

Jadi, sebelum Mahiaddin terpaksa berundur, beliau mahu Ismail Sabri buktikan bahwa beliau mampu mendapatkan sekurang-kurangnya separuh dari sokongan Ahli Parlimen BN, kalau mahu dinamakan sebagai Perdana Menteri.

Menggunakan formula ‘scheme of thing’ Mahiaddin, Ismail Sabri berjaya.





Dengan menggunakan alasan tidak mahu UMNO dilihat berpecah dan sekiranya beliau tidak dilantik menjadi Perdana Menteri, kepimpinan negara kembali dikuasai Pakatan Harapan, Ismail Sabri berjaya mengubah pendirian UMNO supaya 15 Ahli Parlimen yang setia kepada parti supaya memberikan sokongan kepada beliau.

Mahiaddin pula melihat ‘kejayaan’ Ismail Sabri sebagai peluang terbaik untuk beliau ‘hijacked’ UMNO dengan harapan sokongan akar umbi UMNO akan beralih kepada PPBM.

Mahiaddin memberikan 3 syarat yang merupakan racun buat UMNO tetapi madu pada pandangan Ismail Sabri:

1) Mahiaddin tahu, majoriti rakyat sudah terlalu marah dengan anggota kabinet beliau, tetapi inilah syarat yang Mahiaddin beri kepada Ismail Sabri supaya mengekalkan anggota kabinet yang telah gagal dengan saiz kabinet yang sama.

Mahiaddin yakin, sekiranya Ismail Sabri setuju, kemarahan rakyat akan beralih dari PPBM kepada UMNO.





Alasan yang akan dimainkan mudah, Ismail Sabri dari UMNO dan kalau UMNO tahu kabinet Mahiaddin sudah gagal, kenapa dikekalkan?

Apakah kepimpinan UMNO tidak memberi nasihat kepada Ismail Sabri atau kepimpinan UMNO tidak peduli apa yang berlaku pada rakyat dan negara asalkan dapat jadi Perdana Menteri!!!

2) Ketiga-tiga Duta Khas bertaraf menteri yang Mahiaddin lantik sebelum ini merupakan pembaziran ratusan ribu ringgit duit rakyat setiap bulan.

Selama 18 bulan dilantik sebagai Duta Khas, tidak ada satu kebaikan pun yang telah berjaya mereka berikan kepada rakyat dan negara.

Perlantikan semula mereka, pasti akan memarakkan lagi kemarahan rakyat kepada Ismail Sabri kerana tidak ada keperluan mendesak untuk melantik mereka semula dan titah SPB YDP Agong adalah supaya Ismail Sabri memberikan tumpuan khusus kepada masalah ekonomi dan Covid-19.

Tetapi itulah perangkap kedua Mahiaddin kepada Ismail Sabri!!!

3) Perangkap terbesar adalah untuk melantik beliau sebagai Menteri Mentor.

Sebaik sahaja perkara ini tersebar, majoriti rakyat membantah dan itulah yang Mahiaddin mahukan sebenarnya.

Dan terbukti, apabila diumumkan Mahiaddin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, majoriti rakyat bukan sahaja marah kepada Ismail Sabri tetapi juga menujukan kemarahan mereka kepada UMNO.

Dan jangan lupa, Ismail Sabri sudah menyediakan perisai untuk dirinya.

Beliau sudah pun mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa keputusan beliau untuk menerima jawatan Perdana Menteri adalah selepas mendapat persetujuan dari kepimpinan tertinggi UMNO dan juga DS Najib.

Kalau dibaca balik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, fungsi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara sebenarnya memainkan peranan sebagai Menteri Mentor.

Kepimpinan tertinggi UMNO tidak lagi boleh berdiam diri, penjelasan dan kenyataan mesti dikeluarkan segera.

Rakyat dan akar umbi UMNO mesti diberikan penjelasan bahawa keputusan yang telah diambil o;leh Ismail Sabri bukanlah keputusan yang telah dibuat oleh UMNO.

UMNO tidak tergamak untuk melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri seperti Ismail Sabri.

Kalau UMNO tamak kuasa, sudah pasti sebelum pembentukan Perikatan Nasional, UMNO sudah ‘demand’ jawatan Perdana Menteri sebagai syarat utama memberikan sokongan kerana UMNO adalah parti majoriti ketika itu.

Kini UMNO sedang dimamah oleh Mahiaddin melalui Ismail Sabri, masa untuk berlapang dada sudah tamat!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker