PANAS!!! Hamzah Dan Azmin Mula Serang Menyerang

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata semua pihak harus bersama memainkan peranan dengan menjadikan amalan mematuhi SOP sebagai perkara biasa, apatah lagi apabila wabak Covid-19 diumumkan sebagai endemik nanti.

“Saya mewakili KDN yang bertanggungjawab terhadap pematuhan SOP, kerja kami bukan hanya jaga SOP tapi kami nak juga lihat dari segi kehidupan agar ia benar-benar seimbang.”

“Kalau kami hanya kerja nak sekat orang, kesalahan tak ikut SOP, itu sesuatu yang amat kecil”, tegas Hamzah.

Hamzah berkata kerajaan juga tidak harus dipersalahkan sekiranya ada pihak tidak memainkan peranan dalam menjaga SOP termasuk majikan yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab itu ke atas pekerja mereka.





“Saya bagi contoh, kalau kilang dibenarkan beroperasi, siapa yang sepatutnya menjaga SOP, pihak pengurusan, tetapi hari ini mengapa pulak kita salahkan kerajaan kerana tak menjaga SOP”, tegas Hamzah lagi.

Sumber dalaman memaklumkan, kenyataan Hamzah itu dilihat sebagai bidasan keras terhadap Azmin.

Menteri Kanan MITI, Azmin Ali, seperti yang diketahui, telah membenarkan sebahagian besar kilang dan syarikat beroperasi di kala jangkitan Covid-19 memuncak di Malaysia dan dikatakan sebagai penyebab utama Covid-19 tidak dapat dikawal.

Sindiran keras Hamzah terhadap Azmin adalah bukti bahawa hubungan mereka ibarat retak menunggu belah di dalam PPBM.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker