Pemandu Selamat Dalam Kemalangan Ngeri Melibatkan 7 Kenderaan Di Ibukota (Video)

Berpantang ajal sebelum maut.

Kalau dilihat dari keadaan kereta yang berwarna kuning, kita pasti akan mengatakan tidak mungkin pemandu atau penumpang yang berada di dalam kereta Myvi kuning itu akan terselamat.

Namun begitulah apabila Allah SWT mengkehendaki sesuatu.

Dalam satu kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, seorang lelaki terselamat, walau pun kenderaan Myvi kuning yang dipandunya telah dirempuh oleh sebuah lori yang hilang kawalan dari arah belakang.

Kemalangan itu juga membabitkan 5 kenderaan lain di hadapan Myvi kuning tersebut.





Bagaimanapun, orang ramai yang bergegas memberikan bantuan, menarik nafas lega apabila mendapati pemandu Myvi kuning tersebut hanya mengalami luka-luka ringan.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 2.30 petang tadi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker