PKR Negeri Sembilan Akan Singkirkan MB

PKR Negeri Sembilan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), yang juga menteri besar, Aminuddin Harun.

Gerakan untuk menyingkirkan Aminuddin didalangi oleh Adun Chuah, Yek Diew Ching dan pemimpin dari enam daripada lapan cabang PKR di Negeri Sembilan – Rasah, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Seremban.

Dua cabang PKR Negeri Sembilan yang lain adalah Tampin yang diketuai oleh Aminuddin dan Jempol.

Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, Yusof Tapar membaca kenyataan bersama dan memorandum kumpulan itu dalam satu majlis semalam.





Hadir sama di dalam majlis itu ialah Ketua Cabang PKR Rasah, Datuk Ismail Ahmad; Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau Datuk Dr S Streram; Ketua Wanita PKR Negeri, Amni dan Ketua Cabang PKR Jelebu, Yuz Mazmi Ahmad Yusuf.

Mereka mendakwa Aminuddin tidak menunjukkan minat dan kesungguhan untuk menjadikan parti itu dominan dalam kerajaan negeri.

“Selaku Pengerusi MPN, beliau gagal dalam memimpin dan memperkasakan cabang serta ahli parti sehingga menyebabkan hilangnya keyakinan ahli serta penggerak parti di akar umbi”.

“Beliau juga tidak membuat perancangan bersifat holisitik terhadap perkembangan parti, tiada tindakan atau program pengukuhan dan pemantapan pengurusan parti di peringkat MPN serta cabang, selain tiada sebarang program dalam menyantuni ahli-ahli parti di peringkat cabang dan ranting”.

“Maka kami percaya sekiranya keadaan ini berterusan PKR Negeri Sembilan akan berisiko besar dalam menghadapi pilihan raya akan datang,” jelasnya.





Justeru Yusuf berkata, rombakan segera perlu dilakukan dalam PKR Negeri Sembilan bagi memastikan parti itu kekal relevan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker