PM – Lebih Banyak Bantuan Untuk Rakyat Akan Menyusul Selepas BKC

Perdana Menteri DS Ismail Sabri Yaakob berkata lebih banyak bantuan akan disalurkan kerajaan kepada rakyat bermula bulan depan.

Dalam sidang video bersama warga Bank Simpanan Nasional (BSN) dari kediamannya di Petaling Jaya khusus bagi meninjau proses pembayaran BKC yang bermula hari ini, Ismail Sabri berkata BKC adalah antara bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

“Harap semua proses pembayaran BKC yang dirancang Kementerian Kewangan berjalan lancar”.

“Semoga tiada perkara tidak diingini berlaku yang boleh sebabkan kelewatan dan sebagainya,” katanya.





Turut serta dalam sidang video tersebut ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berada di BSN Putrajaya di sini dan Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah yang berada di BSN di Bera, Pahang.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan mengagihkan pelbagai bentuk bantuan yang dirancang sehingga hujung tahun ini.

“Perdana Menteri bersetuju untuk teruskan bantuan-bantuan yang diumumkan,” katanya.

Antara bantuan yang akan diagihkan kerajaan ialah Bantuan Prihatin Rakyat fasa 3 berjumlah RM2.32 bilion yang akan disalurkan pada akhir bulan ini dan bantuan kehilangan pendapatan pada Oktober.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker