PPBM Bantah Azalina Sebagai Speaker, Tetap Mahukan Azhar Harun

PPBM tetap akan mengekalkan Azhar Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat dan akan menolak sebarang usaha untuk menggantikan beliau dengan YB Pengerang, Azalina Othman Said.

Seorang pemimpin Bersatu yang juga Menteri Kabinet memberitahu Sinchew Daily, partinya tidak mempunyai calon alternatif, tetapi akan terus mencalonkan Azhar.

“Perbincangan harus dijalankan dengan semua parti dan tidak harus membuat keputusan secara unilateral,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa UMNO mahu mencalonkan Azalina sebagai Speaker Dewan Rakyat.





Dalam perkembangan yang sama, skuad Edisi Siasat dimaklumkan, blok pembangkang juga bersetuju untuk mencalonkan Azalina bagi menggantikan Azhar sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Ini adalah kerana, Azalina dilihat lebih rasional dan adil ketika mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat berbanding Azhar yang dilihat ‘terlalu memihak’ kepada PPBM.

Dewan Rakyat akan mula bersidang pada 12 September 2021.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker