Remaja Lelaki Di Rogol Oleh Guru Wanita Sebanyak 3 Kali!!!

Your Central Valley melaporkan, Krystal Jackson, 39 tahun telah ditangkap atas dakwaan merogol seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sebanyak tiga kali semasa sesi home tutor.

Dia mula bekerja di Mountain View Independent School, Reedley tahun lalu sebelum Pejabat Sheriff Fresno County dan Pasukan Petugas Jenayah Internet California terhadap Kanak-kanak (ICAC) menerima laporan mengenai dakwaan terhadap dirinya.

Sheriff Fresno County, Letnan Brandon Pursell mengesahkan Jackson ditangkap Jumaat lalu dan ditahan dengan jaminan AS$215,000 (RM891,000).

Detektif mendakwa Jackson melakukan hubungan seks dengan remaja itu sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang tahun lalu, dan dia akan bertemu dengan pelajar itu untuk sesi belajar seminggu sekali di Dunlap Leadership Academy.





Jackson didakwa dengan empat tuduhan rogol, seks oral, cabul dengan seorang anak, berkomunikasi dengan seorang kanak-kanak untuk melakukan kejahatan dan bertemu untuk tujuan cabul.

 

Sumber:

Utusan Malaysia





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker