Remaja Wanita Terjun Bangunan Untuk Elak Di Jual
Seorang remaja wanita yang diculik nekad menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari tingkap bangunan di bandar Antalya, Turki.
Daily Mail melaporkan, satu rakaman video menunjukkan wanita yang dikenali sebagai Sirin N.E oleh media tempatan, 19, menjuntaikan kakinya di tingkap dari ketinggian sembilan meter sebelum melompat keluar.
Remaja itu menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai sebelum melakukan lompatan dan akhirnya terjatuh di atas sebuah kereta sebelum dibantu oleh orang ramai.
Sirin menjelaskan dia diculik dan diseksa oleh lelaki Iran, yang turut berniat menjual dirinya.
Pihak polis Turki sedang menggandakan usaha untuk menjejaki lelaki Iran tersebut.
Sumber:
Utusan Malaysia