Seorang Lelaki Hampir Maut Selepas Menelan Nokia 3310

Seorang lelaki di Prestina, Kosovo, hampir maut setelah menelan sebiji telefon bimbit jenis Nokia 3310 dan membiarkannya di dalam perut selama empat hari.

Sepasukan doktor daripada sebuah hospital berhampiran terpaksa mengeluarkan telefon bimbit daripada perut lelaki berusia 33 tahun itu melalui kaedah endoskopi.

Dr Skender Teljaku yang mengetuai pasukan perubatan menerusi laman Facebook miliknya berkongsi foto telefon bimbit tersebut selepas ia dikeluarkan beserta imbasan X-ray dan imej endoskop.

Teljaku berjaya mengeluarkan objek asing itu dari dalam perut lelaki terbabit tanpa memotongnya.





Lelaki tersebut telah datang sendiri ke sebuah hospital di Pristina kerana berasa sakit selepas menelan telefon bimbit tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker