Azizulhasni Awang Di Lantik Pensyarah UPSI Dan Di Tawar Biasiswa

Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, telah ditawarkan biasiswa dan jawatan pensyarah di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tg Malim, Perak.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, tawaran biasiswa itu bagi melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di UPSI dan jawatan pensyarah Gred DS45/51/53.

Ia adalah sebagai penghargaan UPSI atas pencapaian cemerlang Azizulhasni di peringkat antarabangsa.

Azizulhasni dipelawa melanjutkan pengajian pascasiswazah dengan tajaan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah peringkat sarjana selama dua tahun bernilai RM42,225 atau PhD selama tiga tahun bernilai RM103,700.





Majlis penyerahan dokumen berbentuk surat tawaran kepada Azizulhasni itu diadakan di Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City.

Sebelum itu, Azizulhasni telah mengunjungi mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak di pejabat beliau.

Dalam pertemuan tersebut, Azizulhasni telah berkongsi pengalaman beraksi di peringkat tertinggi dunia dengan DS Najib Razak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker