Barang Kemas RM70,000 Yang Di Buang Di Temui Semula (Video)

Kalau dah rezeki tidak ke mana.

Walau pun barang kemas yang bernilai RM70,000 telah dibuang secara tidak sebgaja ke dalam bakul sampah dan sudah dikutip oleh lori pemungut sampah, namun ianya ditemui semula.

Kejadian yang mencemaskan seorang wanita berusia 3 tahun berlaku di Sik, Kedah, petang tadi.

Sebaik sahaja menyedari ibu beliau telah membuang kotak yang berisi barang kemas itu, beliau terus menghubungi pihak Environment Idaman (E-Idaman)  dari kawasan perumahan Kampung Kota Bukit, Jeneri.





Ketua Jabatan Sumber Manusia E-Idaman Sik, Norfarehah Abd Talib berkata, wanita berusia 36 tahun itu hadir ke pejabat E-Idaman memaklumkan kejadian sebelum meminta kerjasama untuk mengeluarkan semula bahan buangan yang diambil daripada kawasan perumahannya.

Semakan mendapati lori yang membawa sampah dari kawasan perumahan itu masih berada di depoh pengumpulan serta pelupusan.

“Susulan itu, kita membenarkan wanita tersebut ke depoh berkenaan untuk melakukan pencarian sebelum dia menemui semula barang kemasnya itu”.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker