Ismail Sabri Derhaka Pada Titah Agong

Mengikut senarai Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang baru dikeluarkan, tidak terdapat usul undi percaya bagi menentukan keabsahan Perdana Menteri ke 9, DS Ismail Sabri.

Perkara ini memang sudah dijangkan selepas skuad Edisi Siasat meneliti kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Peguam Negara dan beberapa ahli akademik seperti Prof Dr Shamrahayu beberapa hari yang lalu.

Memang tidak dapat dinafikan, tidak tercatit di dalam Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan keperluan untuk melakukan undi percaya terhadap Perdana Menteri selepas dilantik oleh SPB YDP Agong di bawah peruntukan perlembagaan yang sama.

Baca di sini:





http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara40-Ma.Html

Dan memang skuad Edisi Siasat akui kebenaraan hujah Prof Shamrahayu, melakukan undi percaya di Dewan Rakyat akan mewujudkan ‘precedent’ pertikaian kuasa YDP Agong.

Tetapi, dari satu sudut yang lain, desakan untuk melakukan undi percaya dibuat bukanlah atas landasan kehendak perlembagaan.





Dalam siaran media yang dikeluarkan oleh Istana Negara, secara jelas baginda telah menitahkan supaya PERDANA MENTERI YANGVTELAH DILANTIK BAGINDA MENURUT PERKARA 40(2)(a) DAN PERKARA 43(2)(a) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN HENDAKLAH SECEPAT MUNGKIN MENGEMUKAKAN USUL UNDI PERCAYA DI DEWAN RAKYAT UNTUK MENGABSAHKAN BELIAU MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI AHLI DEWAN RAKYAT.

Ini titah SPB YDP Agong, kalau engkar, apakah perkataan yang lebih sesuai digunakan selain dari DERHAKA!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker