Kalau Nama Sendiri Pun Menipu, Celah Mana Mahiaddin Berjiwa Besar?

 

Pada pandangan kami di Edisi Siasat, mungkin sebenarnya adalah kesilapan atau ‘typo’ dalam kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin.

Mungkin yang Nizam maksudkan ialah Muhyiddin bernafsu besar dan bukannya berjiwa besar, jadi maafkanlah Nizam.

Baca di sini:





https://m.malaysiakini.com/news/590231

Biasalah, budak baru nak up.

Antara hujah yang Nizam gunakan sebagai apa yang beliau anggap fakta bahawa Mahiaddin berjiwa besar ialah kerana beliau tidak ambil imbuhan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Benar seperti apa yang dijawab oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi:

“Mahiaddin akan dilihat berjiwa besar jika dia tidak terima jawatan Pengerusi MPN?





Dia sudah diberi peluang selama 17 bulan jadi Perdana Menteri.

Kuasa seorang Perdana Menteri lebih besar daripada kuasa Pengerusi MPN.

Tetapi dia gagal.

Sepatutnya dia tidak terima jawatan tersebut apatah lagi kalau memintanya.

Khairil Nizam juga kata tindakan Mahiaddin itu adalah sesuatu yang wajar dicontohi oleh orang lain termasuk ahli politik kanan.





Apa yang patut dicontohi?

Sepatutnya bila sudah terbukti gagal dan terpaksa letak jawatan maka janganlah ambil balik jawatan.

Bila CEO syarikat letak jawatan kerana syarikat rugi, maka apakah dia wajar dilantik semula untuk memulihkan prestasi syarikat?

Maka wajarlah Menteri kanan termasuk yang berjawatan taraf Menteri tidak terima jawatan Menteri kerana terpalit dengan kerajaan gagal sebelum ini.

Itu baru berjiwa besar namanya.”





Bagi skuad Edisi Siasat mudah sahaja, kalau sudah nama sendiri pun menipu, celah mana hendak diletakkan berjiwa besar tu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker