KJ Dedahkan Ada Data Kes Kematian Tertunggak Dalam Laporan Harian Covid-19

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan jumlah kematian Covid-19 setiap hari di Lembah Klang dijangka menurun dalam dua hingga tiga minggu lagi selepas data kes tertunggak kes kematian yang dilaporkan diselesaikan.

Disebabkan data kes tertunggak ini, kes kematian harian yang dilaporkan setiap hari oleh kementeriannya tidak termasuk kes yang berlaku dalam 24 jam terakhir.

“Terdapat banyak ‘backlog’ kes kematian… sebab kita perlu dapatkan pengesahan sama ada si mati betul-betul mati akibat Covid-19 atau tidak,” kata Khairy pada sidang media hari ini ketika dalam lawatan ke Kota Kinabalu.

Yerdapat senarai panjang dan terdapat banyak kes kematian tertunggak di kementerian.





Khairy berkata beliau memang mempunyai senarai kes kematian yang dilaporkan mengikut tarikh dan akan mendedahkan lagi jumlahnya pada Rabu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker