Lagenda Bolasepak Dunia, Pele, Selamat Jalani Pembedahan

Legenda bola sepak Brazil, Pele, 80, telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam usus besar.

Pele dalam media sosialnya semalam menegaskan  dia berjaya menjalani pemnbedahan usus besar di hospital.

Pele berkata, dia kini menjalani pemeriksaan rutin kesihatan di hospital.

“Ketumbuhan pada usus kanan telah dikesan menerusi ujian minggu lalu”.





“Bersyukur kepada tuhan, saya kini sihat dan mengikuti rapat nasihat Dr. Fabio dan Dr. Miguel yang mengambil berat tentang kesihatan saya,” ujarnya.

Pada Februari 2020, anak Pele iaitu bekas penjaga gol Santos, Edinho berkata, bapanya segan untuk keluar dari rumah kerana tidak dapat berjalan tanpa bantuan.

Tahap kesihatan Pele menjadi kebimbangan semua pihak sejak kebelakangan ini dan telah menjalani pembedahan prostat pada tahun 2015.

Dia juga dimasukkan ke dalam wad akibat jangkitan kencing pada 2019.

Sumber melapurkan, keadaan lagenda bolasepak dunia itu sekarang ini agak kritikal tetapi stabil.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker