Memorandum Perlantikan Pengerusi MPN, Reset Malaysia Nak Perjuangkan Rakyat Atau Dr Mahathir?

Ketua Sekretariat Reset Malaysia, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi, dengan ditemani oleh Pengarah Reset Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, telah menyerahkan memorandum memohon limpah perkenan Majlis Raja Raja Melayu bagi penstrukturan semula Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Dalam memorandum yang sama, pihak Reset Malaysia juga merayu agar Majlis Raja Raja Melayu agar melantik Dr Mahathir sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Nurul Ashikin mendakwa, tuntutan itu disokong oleh 166 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia.

“Kita perlukan seorang yang cekap, terbukti dan ternyata boleh menguruskan negara sewaktu pandemik untuk mempengerusikan MPN,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja Melayu.





Pengarah Reset Malaysia, Abu Hafiz pula telah menyerahkan memorandum memohon limpah perkenan Majlis Raja Raja Melayu supaya melakukan penstrukturan semula MPN.

“Kita tidak nampak kenapa kita perlu meletakkan seorang pengerusi yang telah pun gagal sebelum ini mentadbir kerajaan sewaktu pandemik sebagai pengerusi MPN.

“Kita juga kecewa kerana merasakan kerajaan ini hanya memikirkan jawatan dan kuasa politik dengan meletakkan seseorang yang terbukti gagal sebagai pengerusi MPN,” katanya.

Untuk rekod, pada 30 Ogos 2021, pihak Reset Malaysia juga telah menyerahkan satu memorandum untuk menyokong penubuhan Majlis Pemulihan Negara kepada SPB YDP Agong.

Siapa sebenarnya 2 tunggak utama Reset Malaysia ini?





Apakah perjuangan sebenar Reset Malayisa?

Dr Nurul Ashikin Mabahwi, Ketua Sekretariat Reset Malaysia sebenarnya adalah Ketua Pejuanita Muda Malaysia, salah satu sayap parti politik Pejuang yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir selepas beliau tersingkir dari parti PPBM.

Manakala Pengarah Reset Malaysia pula, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, adalah Ketua Pejuang Muda Malaysia, juga satu dari sayap parti Pejuang.





Timbul persoalan kepada skuad Edisi Siasat, apakah matlamat sebenar perjuangan Reset Malaysia?

Apakah benar Reset Malaysia prihatin dengan penderitaan rakyat Malaysia atau matlamat sebenar perjuangan mereka adalah untuk meletakkan kembali Dr Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Pejuang?

Seperti yang kita semua sedia maklum, pada 30 Ogos 2021, Reset Malaysia telah menyerahkan satu memorandum kepada SPB YDP Agong supaya MPN ditubuhkan dan Dr Mahathir dilantik sebagai Pengerusi MPN.

Selain dari itu, di dalam memorandum itu juga, Reset Malaysia memohon supaya MPN melapor terus kepada SPB YDP Agong dan bukannya kerajaan.

Fungsi utama MPN adalah untuk memulihkan pandemik Covid-19 dan ekonomi Malaysia.





Sekiranya SPB YDP Agong memperkenankan permintaan Reset Malaysia, maka dengan sendirinya Dr Mahathir akan mempunyai kuasa eksekutif yang melangkaui kuasa eksekutif Perdana Menteri dan juga kuasa legislatif Parlimen.

Bila ini berlaku, dengan berselindung di belakang SPB YDP Agong, ‘government of the day’ terpaksa akur dengan segala keputusan yang dibuat oleh Dr Mahathir.

Inilah sebenarnya yang sedang Dr Mahathir cuba dapatkan dengan menggunakan anak-anak muda tanpa mereka sedari.

Memang benar, Ketua Sekretariat dan Pengarah Reset Malaysia berpendidikan tinggi, tetapi kelayakan akademik mereka bukanlah perisai untuk mengelakkan diri mereka dipergunakan oleh politikus yang begitu licik seperti Dr Mahathir.

Dari carian skuad Edisi Siasat, kami anggarkan umur Ketua Sekretariat dan Pengarah Reset Malaysia adalah sekitar pertengahan 20’an ke 30’an.





Mereka mungkin tidak begitu mengenali siapa sebenarnya Dr Mahathir Mohamed kerana di era pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, mereka sama ada belum dilahirkan atau masih terlalu kecil lagi.

Untuk membantu mereka mengenali siapakah Dr Mahathir yang sebenarnya dan kerosakan yang telah beliau bawa kepada rakyat dan negara ini, skuad Edisi Siasat sertakan link dari The Unspinners dan The Third Force:

1) http://theunspinners.blogspot.com/2019/04/senarai-projek-mega-mahathir-yang.html

2) https://www.thethirdforce.net/satu-lagi-projek-mega-tun-mahathir-yang-di-rahsiakan-dari-pengetahuan-umum-turut-bankrap/

Jadi, kepada anak muda semua, fahamilah apa yang kita perjuangkan dan kenalilah dengan sebenar-benarnya siapa yang kita pertahankan.

Dalam perjuangan, ‘passion’ WAJIB disertai dengan ‘WISDOM’.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker