Selamat Dari Undi Percaya, Satu Lagi Halangan Sedang Menunggu Ismail Sabri

Dari berita yang sedang tersebar di semua media sekarang ini, dikatakan Istana Negara sudah memberi perkenan supaya Ismail Sabri tidak perlu mengadakan undi percaya di Parlimen.

Namun, setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan rasmi dari Istana Negara.

Cuma skuad Edisi Siasat berharap, apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri adalah benar, kalau tidak, sekali lagi krisis dengan Istana Negara akan berlaku seperti di era Mahiaddin.

Namun, apakah Ismail Sabri sudah selamat sepenuhnya?





Jangan lupa, persidangan Parlimen kali ini akan membuat undian ke atas Rang Undang Undang Perbekalan 2022, itu ujian yang getir untuk dihadapu oleh Ismail Sabri nanti.

Namun, dari sumber yang sahih dari blok pembangkang, akan ada ‘move’ tersembunyi akan dibuat semasa Parlimen bersidang nanti.

Khabar-khabar angin berlegar bahawa akan ada satu move oleh seorang Ahli Parlimen dalam sidang Parlimen minggu hadapan.

‘Move’ ini dikatakan akan menggegarkan kerajaan baru yang dipimpin oleh Ismail Sabri.

Siapa yang akan buat move ini?





Masih menjadi rahsia kerana masing-masing tidak mahu mendedahkannya.

Namun, sumber memberitahu, ianya adalah gabungan antara sebahagian MP blok kerajaan yang tidak berpuas hati dengan keseluruhan MP di blok pembangkang dan sebahagian besar MP di blok bebas.

Antara punca utama ‘move’ ini ialah kerana MP tersebut merasa Ismail Sabri telah mengkhianati mereka dengan berjanji untuk membentuk sebuah kabinet yang kecil dan akan menukarkan sebahagian besar dari menteri yang berada dalam kabinet Mahiaddin.

Lebih memarahkan mereka, apabila Ismail Sabri menjemput mereka untuk menganggotai MPN, tetapi telah melantik Mahiaddin yang telah gagal dan ditolak rakyat sebagai Pengerusi MPN.

Kalau ini benar-benar berlaku, berkemungkinan besar, Ismail Sabri akan menjadi Perdana Menteri yang tersingkat sejarah perkhidmatannya.





Sama ada MP UMNO akan terlibat sama, tidak dapat dipastikan lagi.

Kini, Ismail Sabri benar-benar di dalam kegelisahan.

Apapun, kita nantikan apa yang akan terjadi masa sidang Parlimen nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker