Shamsubahrin Ismail Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Rasuah

Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan wang tunai berjumlah RM85,000 sebagai dorongan bagi menyelesaikan satu kes di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Shamsubahrin membuat pengakuan itu, selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozina Ayob sebentar tadi.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa telah meminta RM15,000 daripada Azizan pada 3 Mac 2021 di Jalan Perindustrian Suntracks, Bandar Baru Bangi.

Untuk untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah meminta RM35,000 pada 7 Mac 2021 di Hill Park, Bandar Teknologi Kajang Semenyih dan untuk pertuduhan ketiga, dia dituduh menerima RM35,000 pada 10 Mac 2021 di Seksyen U8, Bukit Jelutong, Shah Alam daripada individu yang sama.





Ketiga-tiga pendakwaan dikemukakan mengikut Sesyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pada 25 Ogos, Rozilah mengeluarkan waran tangkap terhadap Shamsubahrin apabila gagal menghadirkan diri untuk pertuduhan kes yang dikenakan kepadanya.

Namun telah membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan sebelum ini kerana tertuduh telah hadir pada hari ini.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin, warganegara Malaysia.

Sebutan semula dan pengurusan kes ditetapkan pada 8 Oktober 2021.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker