Tok Mat Hassan : MN Hidup Lagi, Yang Mati PH

Muafakat Nasional (MN) hidup lagi, yang mati Pakatan Harapan (PH)

Penegasan dari Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan, pasti akan membuat Pakatan Harapan (PH) panas.

PH sangat berharap MN terkubur sebab MN bukan lawan mereka.

Ketika terbentuk MN dahulu, walaupun waktu itu Umno tengah lemah dengan kebanjiran pemimpin dan ahli keluar tapi kesatuan Melayu Islam sangat jelas.

Bahang kekuatan sangat dirasai sehingga memenangi 7 PRK berturut-turut, walau pun 5 dari PRK itu, MN berada di dalam blok pembangkang.





Adat berkawan kadang-kadang ada masa sendu.

Sedangkan lidah lagi tergigit.

Walaupun begitu hubungan antara kedua-dua parti tetap utuh.

Terjalin erat saling mengukuhkan.

Kini ianya semakin memekar.





Jika penyatuan ini disiram dengan baja persaudaraan dan persefahman, tidak mustahil Malaysia akan kehilangan beberapa parti politik dalam parlimen.

Pembangkang mungkin semakin berkurang.

Maka Dewan Rakyat tidak lagi bergelar zoo atau sarkas atau kandang berok.

Untuk realisasikan itu, semua pihak sama ada pimpinan atau akar umbi kena berpegang pada tali ukhuwwah dan ummah.

Tangisan dan titisan air mata di PWTC dulu mesti dikenang semula.





Harapan rakyat jelata harus ditunaikan.

Di tangan kita letaknya kesejahteraan dan keharmonian negara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker