2 Pencuri Catalytic Convector Ini Sudah Di Cekup Polis

Tahniah PDRM atas tindakan yang cukup pantas.

Ekoran dari video 2 orang pemuda, seorang Melayu dan seorang India, yang disyaki melakukan kegiatan mencuri alat ‘catalytic convector’ pada kenderaan yang sedang diparkir di sekitar Ampang, akhirnya telah dapat ditangkap oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada mulanya polis menerima satu laporan polis kira-kira pukul 4 petang mengenai kejadian curi berkenaan.

Kedua-dua lelaki berkenaan dikesan membuat sesuatu pada kenderaan miliknya iaitu jenis Toyota Innova.

“Setelah ditegur, kedua-dua suspek  memberi alasan membaikinya dan bergegas beredar menaiki kereta jenis Proton Iriz warna Silver”.





Mengulas lebih lanjut, kata Mohamad Farouk, susulan  itu, satu tangkapan dilakukan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ampang Jaya kira-kira pukul 11 malam dan menahan kedua-dus suspek.

“Hasil tangkapan itu juga, dua tabung ekzos dan jack kereta berwarna hitam dirampas”.

“Suspek telah mendedahkan melakukan jenayah curi tabung ekzos (Catalytic Converter) beberapa kali di sekitar kawasan daerah Ampang dan Kajang”.

“Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengenal pasti penglibatan suspek bagi lain-lain kes di dalam daerah Ampang dan daerah dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan dan  Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker