PDRM Minta Bantuan Orang Ramai Untuk Menjejaki Wanita Yang Hilang

PDRM meminta bantuan orang ramai yang pernah melihat atau mempunyai maklumat mengenai seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak enam bulan lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dalam satu kenyataan berkata, Ch’ng Phaik Ean, 52, dilaporkan dilihat kali terakhir di rumahnya di Lorong Seri Kijang 29, Alma, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Adik mangsa membuat laporan selepas kakaknya yang berkerja sebagai akauntan di sebuah kilang tidak pulang ke rumah.

Mangsa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan atau mental dan ini merupakan kali kedua hebahan dibuat untuk mengesan mangsa.





Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Dzulkarnain Bahari di talian 012 597 7124 atau 04 551 1629.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker