Akibat Tekanan Perasaan, Moga Dapat Perhatian Dari Kerajaan (Video)

Akibat tekanan kehidupan ketika pandemik Covid-19 melanda negara, seorang lelaki yang berusia 50’an telah mengamuk sengan berdiri di atas sebuah kereta peronda polis sambil melibas-libas sebilah sabit panjang.

Kejadian berlaku di bandar Padang Gopeng, Kampar, Perak.

Walau bagaimana pun, pihak skuad Edisi Siasat tidak mendapat maklumat lanjut mengenai lelaki berkenaan.

Apa yang dimaklumkan kepada pihak kami, lelaki berkenaan mengamuk akibat dari tekanan hidup akibat kehilangan perkerjaan di musim pandemik Covid-19 ini.

Pihak PDRM dengan bantuan dari Jabatan Bomba & Penyelamat Gopeng yang telah dikejarkan ke tempat kejadian telah berjaya menahan lelaki berkenaan bagi mententeramkan keadaan.





Skuad Edisi Siasat berharap, agar pihak kerajaan dapat berusaha dengan lebih keras dan pantas bagi membantu rakyat yang sudah hampir 2 tahun terkesan akibat dari pandemik Covid-19 supaya perkara yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker