Gang Kartel Punca Pergolakan Politik Negeri Sembilan

 

2 hari lepas skuad Edisi Siasat ada menulis mengenai gerakan beberapa pemimpin PKR peringkat negeri di Negeri Sembilan ingin menumbangkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Mereka didalangi oleh Adun Chuah, Yek Diew Ching dan pemimpin dari enam daripada lapan cabang PKR di Negeri Sembilan – Rasah, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Seremban.

Dua cabang PKR Negeri Sembilan yang lain adalah Tampin yang diketuai oleh Aminuddin dan Jempol.

Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, Yusof Tapar membaca kenyataan bersama dan memorandum kumpulan itu dalam satu majlis semalam.





Hadir sama di dalam majlis itu ialah Ketua Cabang PKR Rasah, Datuk Ismail Ahmad; Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau Datuk Dr S Streram; Ketua Wanita PKR Negeri, Amni dan Ketua Cabang PKR Jelebu, Yuz Mazmi Ahmad Yusuf.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/09/06/pkr-negeri-sembilan-akan-singkirkan-mb/

Namun, kalau tidak didalangi oleh seseorang yang berpengaruh, tidak mungkin gerakan secara terbuka itu boleh dilakukan.

Sumber dalaman dari PKR sendiri memaklumkan beberapa individu di sebalik percubaan merampas kuasa itu terbabit dengan ‘kartel’ pemimpin yang meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu dalam Langkah Sheraton pada Februari tahun lepas.





Katanya lagi, mereka cuba menggantikan Aminuddin dengan salah seorang ADUN PKR yang hadir pada sidang media semalam.

RANTAU, 04/04/2019. Port Dickson member of parliament, Datuk Seri Anwar Ibrahim (left) together with Party deputy president, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (right), arrive for celebrating of 20-year Party Keadilan Rakyat at Dataran Rantau, Negeri Sembilan. Pix by Malay Mail / Hari Anggara.

Pemerhati politik melihat, kemelut yang berlaku di pentas politik Negeri Sembilan bukanlah pertembungan antara Aminuddin dan ADUN di Negeri Sembilan, tetapi ia adalah pertembungan antara bos PKR, Anwar Ibrahim dengan bos kartel, Azmin Ali.

Sekiranya Aminuddin berjaya ditumbangkan, apakah ini bermakna Presiden PKR yang juga merupakan Ketua Pembangkang sudah pudar pengaruhnya di dalam PKR?

Berapa ramai lagi ahli dan pemimpin PKR yang pro kartel masih berada di dalam parti itu?





Apakah tsunami kedua akan melanda PKR sebelum PRU 15?

Apakah pemimpin-pemimpin PKR pro kartel akan meninggalkan PKR untuk menyertai bos mereka dalam PPBM dan kalau ini berlaku, apakah kluster Publica di dalam PPBM boleh menerimanya?

Khabar angin sedang bertiup kencang mengatakan Azmin Ali akan mencabar kedudukan Presiden PPBM di dalam pemilihan parti yang akan datang, kalau ini benar, apakah Azmin akan ‘hijacked’ PPBM dari Mahiaddin dan pemimpin yang bersama beliau?

Segala-galanya akan menjadi semakin nyata apabila keputusan untuk merampas ‘takhta’ Menteri Besar Negeri Sembilan diketahui kesudahannya.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker