Lamborghini Rempuh 4 Kereta Lain Di Kuala Lumpur

Sebuah kereta mewah Lamborghini dipandu seorang lelaki hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan dalam kemalangan di Jalan Tun Razak, menghala ke Bulatan Pahang di sini pagi ini.

Kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna kelabu yang dipandu oleh seorang wanita berusia 53 tahun terbalik dan melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapannya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Lamborghini yang dipandu lelaki berusia lingkungan 42 tahun dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Bulatan Pahang.

Sebaik sahaja tiba  di lokasi, terdapat deretan kenderaan yang berhenti akibat kesesakan lalulintas namun pemandu  gagal mengawal kenderaan dan melanggar kenderaan jenis Proton Perdana dipandu wanita terbabit sehingga kenderaannya terbalik.





Kenderaan itu kemudian melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapannya.

Pemilik tiga jenis kenderaan iaitu kereta Mazda berwarna merah, Nissan Serena berwarna hitam dan kenderaan jenis pacuan 4 roda jenama Ford Ranger 2.0 berwarna biru telah hadir membuat laporan.

Kes diklasifikasikan di bawah Sek 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan di bawah Sekyen 43 ( 1 ) APJ 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker