PANAS!!! DAP Bidas PKR Negeri Sembilan

Suhu politik di Negeri Sembilan menjadi semakin hangat bila Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mula membidas pemimpin PKR  Negeri Sembilan berhubung kedudukan Aminuddin Harun sebagai MB Negeri Sembilan, yang dikatakan tidak mendapat kepercayaan akar umbi parti itu.

“Selagi Aminuddin mempunyai sokongan majoriti dalam DUN, kedudukan beliau sebagai MB tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak,” kata Anthony Loke.

Anthony Loke memberi pandangan demikian ekoran ada desus mengatakan MB Negeri Sembilan akan bertukar ekoran ada desakan daripada ahli akar umbi Keadilan yang tidak mahu Aminddin memegang jawatan pengerusi negeri.

Desakan itu seperti mahu menyingkirkan Aminuddin sebagai MB.





Kenyataan Anthony Loke itu dilihat sebagai menempelak segelintir golongan dalam PKR Negeri Sembilan yang cuba menyingkirkan Aminuddin sebagai Menteri Besar.

Mungkin bagi Anthony Loke tindakan segelintir ahli Keadilan itu sesuatu yang tidak patut berlaku disaat parti itu membutuhkan kekuatan dan perpaduan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker