Peguam Kanan : Batal Undi Percaya, Benarkah Sudah Mendapat Perkenan Agong?

Peguam Kanan Haniff Khatri Abdullah mempertikaikan kesahihan dakwaan kerajaan bahawa pihak Istana Negara sudah memberi perkenan untuk tidak melakukan usul undi percaya terhadap Ismail Sabribdi Parlimen.

Sebelum itu, Wan Junaidi menyatakan SPB YDP Agong berkenan agar undi percaya ke atas Ismail Sabri tidak dilaksanakan dan ia dimaklumkan Perdana Menteri dalam mesyuarat kabinet beberapa hari lalu.

Dalam isu yang sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin pula berkata Agong tak menitahkan agar undi percaya dibuat sebelum ini, bukannya selepas pelantikan.

“Kita perlukan persetujuan Agong untuk melakukannya, bukan apa yang pembangkang mahu,” kata Zahidi.





Haniff Khatri mempertikaikan kesahihan dakwaan perkenan dari SPB YDP Agong seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan.

“Kenapakah Ismail Sabri sendiri tidak keluarkan kenyataan itu?”

“Kenapakah tidak ada mana-mana kenyataan rasmi dari Istana Negara dikeluarkan berkaitan perkara itu walhal isu usul undi percaya disentuh dengan jelas dalam titah Agong melalui kenyataan media bertarikh 18 Ogos,” katanya.

“Dengan secara objektif mematuhi adat, konvensyen dan semangat Perlembagaan Persekutuan, selagi belum ada mana-mana kenyataan rasmi dari Istana Negara berkaitan perkara ini, titah baginda berhubung keperluan Ismail Sabri sesegera mungkin membawa usul undi percaya masih sah, terpakai dan terikat,” katanya.

Skuad Edisi Siasat harap agar penderhakaan yang pernah dilakukan oleh pentadbiran Mahiaddin tidak diulangi oleh pentadbiran Ismail Sabri.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker