Remaja Wanita Mahu Rakan Saksikan Beliau Bunuh Diri

Wanita yang ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 30, sebuah kondominium di sini, malam tadi, mempunyai keinginan untuk membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kejadian, mangsa, remaja berbangsa Cina berusia 20-an naik ke aras bumbung bersama-sama seorang rakannya kira-kira pukul 7 malam.

Mangsa yang berasal Kota Setar, Kedah, memaklumkan keinginannya untuk membunuh diri kepada rakannya yang sudah lebih setahun tidak dijumpai.

Kira-kira jam 8 malam, rakannya meninggalkan mangsa bersendirian di lokasi terbabit kerana mangsa tidak mahu kawannya itu melihat dia terjun.





Mangsa bagaimanapun meminta rakannya tengok dari bawah.

Rakannya kemudian menuruni lif ke tingkat lima dan melalui jambatan untuk pergi Tower I sebelum memaklumkan rakannya yang lain.

Mereka kemudian melihat mangsa terjun dari aras roof top ke jalan raya kira-kira pukul 8.45 malam.

Dokumen mangsa seperti kad pengenalan, lesen dan kad bank sempat diserahkan kepada rakannya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang bagi bedah siasat dan akan menjalani proses ujian saringan Covid-19.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker