Tok Mat Hasan : UMNO Tegas Dengan Pendirian ‘NO PPBM’ Dalam PRU 15

Tidak akan ada sebarang perbincangan dengan PPBM berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat Hasan berkata perkara itu jelas kerana UMNO sudah memutuskan lebih awal dan dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU kali ini.

Jadi, tidak timbul soal kerjasama, persefahaman atau sebagainya membabitkan UMNO dengan PPBM.

“Kita tiada langsung berbincang dengan PPBM, sebab UMNO sudah memutuskan lebih awal dan dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO bahawa kita tidak akan bekerjasama dengan BERSATU pada pilihan raya nanti”.





“Tidak ada apa-apa bentuk perbincangan mahupun persefahaman mengenai kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum dengan PPBM”.

“UMNO akan bertanding atas kekuatannya sendiri bagi memenangi PRU-15 dan, In Sya Allah, sekali gus membentuk kerajaan”.

“Kita mahu menang atas diri kita sendiri, bukan nak menang bersandarkan kekuatan orang lain”.

“Jika menang, kita boleh membentuk kerajaan, bukan menang tetapi terpaksa meminta belas kasihan orang, itu tidak betul”.

“Itu punca jadi seperti hari ini dan rakyat mesti faham, jika memilih dalam pilihan raya nanti, pilih dalam keadaan begini, tidak ada parti yang dominan dan negara akan terus huru hara,” tegas Tok Mat Hasan.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker