Video Caprice Tiba Dari Mesir Awal Pagi Tadi

Selepas lebih dua bulan berada di Mesir atas nama misi kemanusiaan, penyanyi rap sensasi, Caprice akhirnya selamat tiba di tanah air.

Menerusi satu hantaran status dalam Instagram, Caprice, memaklumkan:

“Back in Kuala Lumpur!”

“Terima kasih kepada pihak polis kerana memastikan semuanya selamat dari pintu pagar kapal terbang ke hotel kuarantin”.

“Pertama kali naik van polis”.





“Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang bantu saya tadi”.

“Alhamdulillah, rasa seronok dapat kembali ke tanah air,” tulisnya sebagai kapsyen dalam hantaran berbentuk video yang dimuat naik dalam Instagram sebentar tadi.

Sebelum berangkat pulang ke tanah air, Caprice juga sempat dikecam bukan menjayakan misi jihad ketika meneruskan kembara solo di Jordan sebaliknya demi rakaman dan pembikinan video muzik  yang dikongsikan menerusi Instagramnya.

Caprice bagaimanapun tidak menjelaskan sebarang perincian mengenai video muzik yang tertulis perkataan ‘Tiger AlQuds’ dan ‘10.10.21’ tersebut.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker