Zahid Hamidi : Perlantikan Mahiaddin Sebagai Pengerusi MPN Adalah Keputusan Ismail Sabri Bukan UMNO

UMNO telah membuat pendirian menyokong pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Ini bermakna, UMNO menyerahkan kebijaksanaan kepada Ismail Sabri dalam membuat keputusan atau kebijakan yang beliau rasakan sesuai dalam mengemudi pentadbiran kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian parti juga boleh ditakwilkan bahawa perdana menteri yang mengetuai kerajaan hari ini, mempunyai kuasa-kuasa Perlembagaan.

Sehubungan itu, katanya, menjadi tanggungjawab Ismail Sabri untuk memastikan kerajaan dapat berfungsi dengan baik dan tidak mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu.





“Saya menerima banyak pertanyaan, bahkan sempat membaca pelbagai komen bertanyakan mengenai apakah pendirian UMNO dalam pembentukan Jemaah Menteri dan pelantikan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri”.

“Maka, itulah jawapan saya”.

“Parti telah membuat pendirian menyokong pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan menyerahkan kebijaksanaan kepada beliau membuat keputusan yang dirasakan sesuai dalam mengemudi pentadbiran negara”.

Kerajaan katanya, ada peranan dan tanggungjawabnya dalam memenuhi keperluan rakyat, manakala parti pula akan terus berperanan sebagai kuasa pengimbang yang sentiasa bergerak senafas dengan rakyat.

Dengan penjelasan dari Presiden UMNO itu, maka jelaslah bahawa keputusan melantik Mahiaddin sebagai Pengerusi MPN adalah keputusan yang dibuat oleh Ismail Sabri dan bukannya UMNO.





Malah, MKT UMNO tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perlantikan itu dan cuma mendapat maklumat melalui media selepas peelantikan itu dibuat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker