Bekas Pemimpin PPBM Berdepan Hukuman Gantung

Bekas calon Ketua Armada PPBM, Ahmad Noor Azhar bin Muhammad kini berdepan dengan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan kerana membunuh dengan niat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, pada 6 Januari lalu beliau telah didakwa di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah atas bangkitan marah.

Kes tersebut dijadualkan untuk sebutan semula hari ini 9 September 2021, namun mahkamah membenarkan pihak pendakwaan untuk menarik balik dan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) tertuduh daripada pertuduhan asal.

Permohonan untuk menggugurkan pertuduhan di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan dan mendakwa semula tertuduh dengan dakwaan membunuh dibuat Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi.





Prosiding terhadap tertuduh diteruskan dengan pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan oleh jurubahasa.

Dalam prosiding tersebut, tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh Thava Sagayam, di tingkat tujuh Menara Majestic, Jalan CM Yusuff antara pukul 8 hingga 9.30 pagi pada 29 Disember 2020.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.





Pendakwaan dikendalikan Azlina manakala tertuduh diwakili peguam, Ariff Azami Hussein.

Peguam pemerhati dari keluarga mangsa, M Kulasegaran yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur (DAP) turut hadir di mahkamah pagi tadi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker