Benarkah Anwar Sendiri Yang Merancang Pergolakan Politik Negeri Sembilan?

Suhu politik di Negeri Sembilan semakin panas.

Penolakan kepimpinan akar umbi PKR terhadap Menteri Besar, DS Aminuddin Harun, semakin dizahirkan secara terang.

Skuad Edisi Siasat agak terkejut bila Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim, memaklumkan kedudukan Aminuddin sebagai Menteri Besar masih kukuh dan terus mendapat sokongan padu dari kepimpinan akar umbi PKR Negeri Sembilan.

Baca di sini:





https://my-tv.online/2021/09/09/aminuddin-masih-kukuh-di-ns-anwar-ibrahim/

Apa yang didakwa oleh Anwar adalah sangat berbeza dari maklumat yang baru sampai kepada kami.





Hampir keseluruhan ketua-ketua ranting PKR di dalam Parlimen Tampin telah membuat kenyataan terbuka menolak kepimpinan Aminuddin.

Jadi di mana Anwar mendapat keyakinan dalam membuat kenyataan bahawa Amunuddin kedudukan Aminuddin masih lagi kukuh dan mendapat sokongan padu dari kepimpinan akar umbi PKR Negeri Sembilan?

Atau ini adalah satu lagi slot Anwar untuk mainkan watak hero yang akan akan mendamaikan 2 pihak yang bertelagah?

Skuad Edisi Siasat mengatakan begitu, kerana kami mendapat maklumat bahawa kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan sebenarnya didalangi oleh Anwar sendiri.





Baca di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=556799048862090&id=100035959996986

Namun, sejauh mana kebenarannya, tidak dapat dipastikan.

Walau apa pun kesudahannya kemelut politik di Negeri Sembilan, janganlah ada pihak yang menuding jari kepada UMNO, kerana maklumat yang kami terima, UMNO tidak ada kaitan dengan kemelut yang sedang berlaku.

Malah kami difahamkan, sekiranya ada ADUN dari blok pembangkang mahu melompat kepada UMNO supaya kerajaan negeri baharu dapat dibentuk, Tok Mat Hasan sudah menolaknya.





Mari kita siapkan Super Ring banyak-banyak untuk dinikmati bersama tayangan yang baru bermula ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker