Covid-19: Tanpa Pengetahuan MKN, Sarawak Isytihar Beralih Ke Fasa Endemik!!!

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata, program vaksinasi Covid-19 yang dijalankan sejak Februari lalu berjaya meningkatkan sistem ketahanan badan dan mengurangkan kesan serius akibat penyakit itu.

“Menurut pakar (kesihatan) keadaannya sama dengan kolera, SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) dan Swine flu yang apabila (virus Covid) dapat dilawan, akan membawa ke peringkat disebut endemik, di mana kita hidup dengan virus tetapi kita ada sistem pertahanan dalam tubuh (untuk melindungi) kita”.

“Kalaulah tidak ada vaksinasi mungkin keadaannya berlainan”.

“Apabila seseorang itu sudah divaksinasi, dia akan mempunyai sistem daya tahan diri untuk melawan virus Covid-19,” jelas Abang Jo.





“Setakat ini Sarawak mencapai 88.9% liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi golongan dewasa yang layak atau 65.1% daripada keseluruhan populasi negeri itu dan peratusan ini akan terus bertambah memandangkan program vaksinasi masih berjalan”.

“Keadaan pandemik di Sarawak kini telah beralih menjadi endemik apabila hampir semua kes Covid-19 dilaporkan melibatkan individu yang tidak bergejala atau bergejala ringan sahaja,” jelas Abang Jo.

Apakah ini bermaksud, Sarawak akan mendahului negeri-negeri lain untuk beralih ke fasa endemik?

Apakah Majlis Keselamatan Negara sudah dimaklumkan dengan keputusan kerajaan negeri?

Apakah ini bermaksud, Sarawak hilang keyakinan terhadap program pemulihan yang sedang dilakukan oleh Majlis Pemulihan Negara?





Adakah ianya kerana kerajaan telah melantik Mahiaddin sebagai Pengerusi MPN yang membuatkan Sarawak hilang keyakinan?

Ianya bukanlah sekadar keputusan Sarawak mendahului MKN atau MPN di dalam tindakan mereka.

Tetapi ianya harus dilihat dari pelbagai faktor yang menyebabkan Sarawak bertindak demikian.

Kerajaan Sarawak berhak menentukan halatuju pentadbiran mereka sendiri.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker