DS Najib Di Serang Semula Oleh Musuh Politik Beliau

Bermula dari kempen PRU 14 dan berterusan hingga Barisan Nasional kehilangan kuasa dan DS Najib Razak kehilangan jawatan Perdana Menteri pada 9 Mei 2018, DS Najib Razak secara berterusan menghadapi serangan dari musuh politik beliau.

Pada awalnya, dijangkakan setelah kehilangan kuasa dan jawatan, serangan itu akan berakhir, namun ianya berterusan sehingga ke hari ini.

Mungkin kemarahan musuh politik beliau semakin memuncak kerana di dalam kesibukan menghadapi pertuduhan kes di mahkamah dan dengan pelbagai sekatan yang dikenakan ke atas beliau, dengan hanya membuat hantaran di laman Facebook dan makan Super Ring, beliau bukan sahaja telah berjaya memenangi semula hati rakyat, malah telah berjaya ‘menumbangkan’ 2 kerajaan yang dipimpin oleh musuh politik beliau.





Kalau sebelum ini dikatakan Dr Mahathir adalah pakar menjatuhkan Perdana Menteri, tetapi kini terbukti, DS Najib Razak jauh lebih pakar dari Dr Mahathir.

Bezanya, Dr Mahathir menjatuhkan Perdana Menteri dengan cara yang cukup kotor dan memerlukan masa bertahun-tahun, tetapi DS Najib Razak menumbangkan 2 Perdana Menteri dengan membuktikan kelemahan tadbir urus pentadbiran Perdana Menteri tersebut melalui data dan fakta dan hanya mengambil masa kurang dari 4 tahun untuk menumbangkan 2 Perdana Menteri.

Terkini, hanya kerana DS Najib Razak mengunjungi Ismail Sabri untuk memberikan cadangan pemulihan ekonomi, DS Najib Razak diserang lagi oleh portal yang dikuasai oleh musuh politik beliau.

Utusantv.com menyiarkan artikel bahawa kononnya, DS Najib Razak akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri yang bertaraf menteri.

Baca di sini:





https://utusantv.com/2021/09/08/najib-disebut-sebut-bakal-dilantik-penasihat-ekonomi-bertaraf-menteri/

Tulisan utusantv.com itu disambut pula oleh portal beritaperak.com.

Baca di sini:

https://beritaperak.com/panas-najib-bakal-dilantik-penasihat-ekonomi-bertaraf-menteri-dedah-portal/

Isi kandungannya sama, mempertikaikan cadangan yang kononnya DS Najib Razak akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri atas alasan DS Najib adalah termasuk di dalam ‘kluster mahkamah”.





Bagi skuad Edisi Siasat, kalau pun benar, DS Najib Razak akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, tidak ada masalahnya, kerana rekod pencapaian DS Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selama 9 tahun adalah sangat cemerlang.

Malaysia telah digelar sebagai ‘Asia Tiger’ dalam bidang ekonomi, bukan oleh pemerhati ekonomi tempatan, tetapi, oleh pemerhati ekonomi luar yang kredibiliti mereka tidak boleh dipertikaikan.

Dan Ismail Sabri tidak mempunyai kepakaran atau pengetahuan yang baik di dalam ekonomi.

Beliau tidak pernah dilantik menjadi Menteri Kewangan dan latarbelakang akademik beliau adalah Undang Undang, bukannya ekonomi.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, kejayaan dalam memulihkan ekonomi negara adalah WAJIB dan kesilapan bukan pilihan.





Skuad Edisi Siasat hairan, bila dikatakan mahu dilantik seorang yang sudah terbukti berjaya, musuh politik DS Najib Razak segera cuba menanamkan persepsi negatif, tetapi bila sudah sah dilantik seorang yang telah terbukti gagal segagalnya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, mereka membisu.

Persepsi yang cuba dimainkan ialah DS Najib Razak cuba mengambil kesempatan dengan menempatkan diri beliau di dalam pentadbiran kerajaan dengan harapan beliau dapat mempengaruhi keputusan mahkamah atas kes beliau.

DS Najib Razak bukanlah seorang ahli politik yang berpegang kepada matlamat menghalalkan cara.

Sudah berkali-kali beliau tegaskan, beliau tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri semula selagi kes beliau tidak selesai di mahkamah dan beliau teguh memegang prinsip biarlah mahkamah yang akan membersihkan nama beliau dan bukannya dengan cara yang lain.

Dari ciapan DS Najib Razak dalam akaun Facebook beliau, jelas, apa yang beliau lakukan sekarang adalah sama seperti yang beliau sudah lakukan di peringkat awal Mahiaddin menjadi Perdana Menteri.





Baca di sini:

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10158101018450952/

Memberi sokongan melalui cadangan-cadangan yang membina dan mengkritik apabila kelemahan dibiarkan tanpa tindakan penambahbaikan.

Jadi, kepada musuh politik DS Najib Razak, berusaha dengan lebih kuat lagi di masa akan datang, kerana rakyat sudah bijak menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.

Mungkin jauh lebih bijak dari kamu semua.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker