DS Najib Razak Buat Repot Polis Terhadap Salah Guna Kuasa Pegawai Tertinggi LHDN

Mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak, telah membuat satu laporan polis berkenaan tuntutan cukai sebanyak RM1.7 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas beliau.

Laporan polis itu telah dibuat sekitar jam 12.09 tengahari semalam di IPD Sentul.

Laporan polis itu dilakukan apabila ada antara pegawai LHDN sendiri telah datang berjumpa dengan beliau dan memberitahu bahawa kes cukai tambahan RM1.7 bilion itu sebenarnya telah disiasat sebanyak 3 kali sejak 2018.

Setelah siasatan rapi dilakukan sejak tahun 2018, pegawai berkenaan mendapati tidak ada sebarang kesalahan yang telah dilakukan dan tidak ada penalti yang boleh dikenakan ke atas DS Najib Razak.





Namun, pegawai tertinggi LHDN telah mengarahkan supaya penalti cukai tetap dikenakan terhadap DS Najib Razak dengan alasan ianya adalah arahan dari ahli-ahli politik tertentu.

Arahan juga dikeluarkan supaya tidak membenarkan kes DS Najib Razak dibawa kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) dan tindakan untuk mengisytiharkan DS Najib bankrap dilakukan tanpa memberi peluang kepada beliau untuk mempertikaikan keabsahan pengiraan taksiran cukai.

DS Najib memohon supaya pihak polis menyiasat kes penyalahgunaan kuasa dan pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta SPRM.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10158102347580952/





Sekiranya benar apa yang didedahkan oleh pegawai LHDN yang datang menemui DS Najib, maka, pihak polis dan SPRM mesti menyiasat dengan telus dan tegas kes campurtangan kuasa ghaib ke atas badan penguatkuasaan di Malaysia.

Ini melibatkan integriti pihak berkuasa dan juga negara di mata dunia.

Tindakan segera dan telus mesti diambil berlandaskan prinsip Rukun Negara yang ketiga dan keempat, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang.

Tiada siapa yang berada di atas undang-undang, prinsip ini mesti dipertahankan oleh setiap warga Malaysia!!!





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker