DS Najib Tanya Tommy Thomas Tapi Cytro PH Pula Melatah, Kenapa Yer?

Dalam memberikan respon kepada siaran media yang dikeluarkan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), DS Najib Razak cuma mengemukakan soalan, sama ada mantan Peguam Negara, TS Tommy Thomas, akan memberikan respon ke atas dapatan LPPR itu.

Ini adalah kerana dakwaan LPPR bahawa Tommy Thomas tidak telus, tidak profesional dan lebih menjurus kepada kepentingan politik dalam menjalankan tanggungjawab beliau di bawah bidang kuasa seorang Peguam Negara.

Ini adalah isu yang sangat besar dan sangat serius.

Ia menyangkut kepada kredibiliti dan integriti institusi Jabatan Peguam Negara dan lebih membimbangkan bila dapatan siasatan LPPR juga mendapati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah diperalatkan oleh ahli politik yang berpengaruh dan pentadbiran SPRM sekarang terpaksa mencuci kekotoran yang ditinggalkan itu.





LPPR adalah sebuahbbadan pemantau bebas yang ahlinya dilantik oleh SPB YDP Agong di era pemerintahan DS Najib.

Namun, di era pemerintahan regim Pakatan Harapan, ianya telah dibubarkan.

Tujuan LPPR ditubuhkan adalah untuk mewujudkan sistem semak dan imbang terhadap SPRM supaya dapat dipastikan tidak berlaku campurtangan dari pihak yang berkepentingan sehingga dapat memandu arah siasatan SPRM.

Dapatan dari siasatan SPRM akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk kebenaran pendakwaan.

Apabila LPPR dibubarkan, maka setiap dapatan siasatan akan dihantar terus kepada Peguam Negara tanpa ada sistem semak dan imbang dan Peguam Negara pula dikawal oleh ahli poltik, maka ini adalah situasi yang tidak boleh berlaku apabila kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka menjunjung sepenuhnya prinsip  Kedaulatan Undang Undang di dalam rukun keempat Rukun Negara kita.





Tetapi, menurut LPPR, inilah yang telah berlaku di era Tommy Thomas menjadi Peguam Negara atau lebih tepat lagi di era pemerintahan Pakatan Harapan.

Kita mesti faham, keperluan undang-undang dihormati adalah untuk melindungi kepentingan dan keadilan kepada semua warga Malaysia.

Dan bukan untuk melindungi kepentingan satu pihak sahaja, walau pun mempunyai kuasa.

Skuad Edisi Siasat tidak nampak di mana cacatnya bila DS Najib Razak bertanya, sama ada Tommy Thomas mahu jawab atau tidak.





Tapi kami di Edisi Siasat pelik, kenapa pula cytro Pakatan Harapan yang melatah, ker Tommy Thomas tu ayah angkat korang…🤭🤭🤭

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker