Kereta Yang Terlibat Langgar Lari Di Sita PDRM (Video Kejadian)

Hari ini pihak PDRM telah menyita sebuah kereta yang terlibat dalam kejadian langgar lari di ibukota pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kinabalu, pada jam 7:15 pagi, sebuah kereta berwarna merah telah dirakam melanggar seorang penunggang basikal dari arah belakang, walau pun ketika itu keadaan trafik tidak sesak.

Penunggang berkenaan yang telah terjatuh, dipercayai mengalami cedera ringan.

Walau bagaimanapun, selepas melanggar penunggang basikal berkenaan, pemandu kereta tersebut bukan sahaja tidak memberikan bantuan, malah telah meninggalkan penunggang basikal itu begitu sahaja.

Gerakan mencari pemandu kereta telah dijalankan oleh PDRM dan telah dapat mengesannya hari ini.





Selepas dirakam keterangan dari pemandu berkenaan, pihak polis trafik telah menyita kenderaan tersebut.

Namun pihak Edisi Siasat tidak mendapat maklumat lanjut, sama ada pemandu kereta itu ditahan atau dibebaskan dengan jaminan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker