Pelajar Sekolah Akan Mula Menerima Vaksin Pada 3 Oktober 2021

Hanya pelajar sekolah sekolah yang akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin Covid-19 apabila sesi persekolahan secara bersemuka bermula pada 3 Oktober 2021 ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy juga memberitahu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, akan bertanggungjawab sebagai penyelaras pemberian vaksin kepada remaja.

Manakala SOP pembukaan sekolah akan diumumkan oleh Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.





Walau bagaimanapun, adalah dijangkakan hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam sahaja yang akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada 3 Oktober 2021 ini.

Manakala bagi pelajar lain, dijangkakan sesi persekolahan secara bersemuka hanya akan dilakukan awal tahun hadapan selepas keadaan Covid-19 dapat dikawal.

Ini adalah untuk mengelakkan kebanjiran pelajar sekolah yang akan membuatkan pihak sekolah menghadapi kesukaran untuk mengawal SOP di kalangan pelajar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker