Rezeki Tambahan Kepada Pembuat Keranda Di Masa Covid-19

Setiap musibah yang melanda manusia, pasti akan ada hikmah di sebaliknya.

Kalau dahulu, pendapatan pembuat keranda seperti Hisyam Mishor, 36, dari Kg Hilir, Kepala Batas agak terhad, namun kini akibat kematian yang meningkat secara mendadak di musim Covid-19 telah membuatkan beliau dan perkerja beliau tidak menang tangan.

Setiap hari, pasti ada tidak kurang dari 10 tempahan keranda yang mesti beliau siapkan.

Ini membuatkan, setiap hari beliau terpaksa bersengkang mata hingga ke pagi untuk menyiapkan tempahan keranda.





Menurut beliau, kebanyakan tempahan keranda datangnya dari pihak masjid dan hospital.

Keranda-keranda yang ditempah itu, mesti disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.

Ini adalah kerana, jenazah pesakit Covid-19 tidak boleh disimpan terlalu lama di bilik mayat hospital yang sudah hampir penuh.

Walau pun peningkatan tempahan berlaku secara mendadak, namun, beliau tetap memastikan setiap keranda yang dihantar ke pihak yane membuat tempahan adalah berkualiti.

Begitulah aturan alam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.





Kalau sebelum ini pembuat keranda ibarat kais pagi makan pagi, di kala orang lain mempunyai pendapatan tetap, kini, di kala orang lain ada yang kehilangan pendapatan, tetapi pembuat keranda dimurahkan rezeki mereka.

Sesungguhnya, alam ini penuh dengan rahsia yang tidak terungkap oleh manusia.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker