Sah Datuk Vida Akan Langsungkan Perkahwinan Akhir Tahun Ini

Jutawan kosmetik, Datuk Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, 49, mengesahkan beliau akan melangsungkan perkahwinan dengan pembantu peribadi beliau, Ahmad Iqbal Zulkefli pada hujung tahun ini.

Menurut Datuk Vida, pengumuman ini bukanlah gimik atau strategi pemasaran perniagaan beliau.

Malah beliau mengakui, sudah sampai masanya untuk beliau memberitahu kepada peminat beliau yang selama ini tertanya-tanya sama ada perkhabaran yang beliau akan berkahwin itu benar atau pun tidak.

Bagaimana pun, beliau mengakui perlu mendapatkan persetujuan dari anak-anaknya terlebih dahulu.





“Mungkin mudah untuk saya membuatkan Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin (Kacak), tetapi agak sukar untuk meyakinkan Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin (Cik B).

Cik B sentiasa cuba melindungi saya dan mungkin ada baiknya kalau Cik B mendapat berita ini melalui media dahulu sebelum saya memberitahu Cik B secara peribadi, ini akan menjadikannya lebih mudah.

Skuad Edisi Siasat menumoang gembira atas berita ini dan berharap agar kali ini Datuk Vida mendapat jodoh yang akan kekal hingga ke akhir hayat, In Sya Allah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker