Doktor Gila Seks Di Tangkap Polis

Polis Daerah Petaling Jaya telah menahan seorang doktor dari klinik swasta kerana merakam video pembantu klinik wanita yang bekerja dengan beliau.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.30 petang semalam daripada seorang wanita berusia 30 tahun.

Wanita itu mendakwa doktor berusia 46 tahun yang juga majikannya itu merakam kelakuannya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit.

Mangsa yang sudah bekerja selama enam tahun sebagai pembantu klinik di klinik swasta itu mengatakan ketika dia masuk ke tandas pada 2 petang terlihat sebuah telefon bimbit di kedudukan tinggi dalam keadaan kamera terbuka.





Mangsa terus mengambil telefon bimbit itu dan mengecam ia milik majikannya.

Mangsa yang terkejut, malu dan terganggu dengan kejadian ini, terus mencapai beg tangannya ingin keluar dari klinik.

Tindakan mangsa yang ingin keluar dari klinik secara tergesa-gesa disedari oleh suspek telah dihalang.

Suspek meminta mangsa memulangkan kembali telefon bimbit itu kepadanya dan berjanji akan menghapuskan rakaman itu di hadapan mangsa.

Mangsa menyerahkan kembali telefon bimbit itu kepada suspek sebelum lelaki itu memadamkannya.





Namun mangsa tidak melihat apa yang dihapuskan oleh suspek.

Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan suspek pada 7.30 malam, hari sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509/377d Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker